Lima pusat jagaan · Johor Bahru & Tangkak

Persatuan KebajikanNur Ehsan Negeri Johor

Perkhidmatan perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas, OKU (pelbagai), gelandangan, saudara baru muallaf serta golongan asnaf yang kurang bernasib baik dan tidak mempunyai tempat tinggal.

  • Khusus kepada yang beragama Islam sahaja.
  • Turut menerima permohonan penjagaan untuk warga emas dan OKU daripada ahli keluarga yang menghadapi masalah penjagaan.
Lihat 5 cawangan
Penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan bergambar bersama di hadapan pusat
Penghuni dan kakitangan pusat jagaan dalam aktiviti lawatan luar
Penghuni wanita dalam aktiviti pemulihan di pusat jagaan
5pusat jagaan
2007mula menjaga warga emas
201penghuni (Oktober 2026)
Warga emasOKU (pelbagai)GelandanganSaudara baru (muallaf)Golongan asnafLima pusat jagaanJohor BahruTangkak
Aktiviti

Aktiviti di pusat jagaan kami

Pelbagai aktiviti disusun buat penghuni-penghuni yang tinggal di pusat jagaan melibatkan aktiviti kerohanian, aktiviti pemulihan, aktiviti rekreasi, aktiviti sosial serta aktiviti kesihatan fizikal dan mental. Tekan gambar untuk membesarkan.

  • Pemeriksaan kesihatan berkala
  • Solat berjemaah
  • Kelas agama
  • Kelas mengaji untuk muallaf
  • Sambutan hari lahir
  • Sambutan Hari Raya
  • Hari keluarga
  • Aktiviti riadah luar
  • Aktiviti lawatan luar
  • Menerima lawatan daripada pihak luar
  • Aktiviti tahunan
Siapa kami

Tentang Nur Ehsan

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor menjalankan lima pusat jagaan di Johor Bahru dan Tangkak untuk warga emas, OKU, gelandangan dan saudara baru (muallaf).

Diasaskan oleh Pn Hjh Norijah binti Bidin serta suaminya, Ir Hj Md Sharipin bin Shahlan.

Matlamat utama penubuhan Nur Ehsan adalah membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas dan OKU yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris.

Persatuan dibarisi 11 orang ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dalam usaha mencari dana serta menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan untuk manfaat lebih 200 orang penghuni yang tinggal di pusat jagaan.

Persatuan juga dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 40 orang petugas melibatkan 5 buah pusat jagaan yang turut sama memberi perkhidmatan terbaik bagi mencapai objektif selaras dengan matlamat di dalam perlembagaan persatuan.

201penghuni dijaga pada Oktober 2026
139 lelaki62 wanita

Persatuan didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 pada 16 Jun 2009.

No. Pendaftaran: PPM-008-01-16062009
Waktu melawatSetiap hari: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari dan 2.30 petang – 5.00 petang
Bertanya tentang penempatanSila hubungi pejabat. Pihak pejabat akan menerangkan prosesnya.
Pejabat (panggilan)07-232 6415
Admin (WhatsApp)010-459 1379
Ir Tn Hj Md Sharipin bin Shahlan dan Pn Hjh Norijah binti Bidin
Pimpinan

Ir Tn Hj Md Sharipin bin ShahlanPengerusi Persatuan

Pn Hjh Norijah binti BidinPengurus dan Pengasas Pusat Jagaan

Sumbangan

Salurkan sumbangan anda

Hubungi & alamat

Cari kami

Dua nombor ini untuk semua cawangan.

Pejabat (panggilan)07-232 6415
Admin (WhatsApp)010-459 1379
Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan (Denai 1)Lot 3353, MLO 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200 Johor Bahru, Johor
Buka peta
Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan Wanita (Denai 2 (Wanita))Lot 3417, Jalan Denai 2, Kempas Baru, 81200 Johor Bahru, Johor
Buka peta
Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan Ledang (Ledang)Lot 3279, Jalan Haji Bahar, Batu 3½, Parit Bunga, 84000 Tangkak, Johor
Buka peta
Pusat Jagaan OKU Nur Ehsan (OKU Kempas)PTD 56043, Jalan Permatang 6A, Kempas Baru, 81200 Johor Bahru, Johor
Buka peta
Rumah Perlindungan Nur Ehsan (Rumah Perlindungan)Lot 382, Jalan Payamas, Taman Sentosa, 84900 Tangkak, Johor
Buka peta
Pembantu Nur EhsanBoleh jawab dalam Bahasa Melayu atau English
Assalamualaikum! Saya boleh bantu tentang waktu melawat, lokasi cawangan, nombor untuk dihubungi dan cara menderma.